Beautiful Followers :-)

Thursday, October 6, 2011

MLM - halal atau haram?

As-Salam semua..

1 persoalan yang ibu tertanya2 jugak sebelum join bisnes haio ni...ye mmg ramai yang akan condemn bisnes mlm ni tp mlm ni cuma a type of business....ada dibincangkan dalam IKIM.FM pagi selasa lepas...

ini antara kupasan yang ibu dapat dari rakan kongsi yang lain..

ustaz Z ckp ini:

memastikan  ASAS MINIMA SYARIAH berikut dapat dipatuhi :-

1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal). 

-->tentulah produk kita bermutu sebab siapa yang dah pakai memang tahu keberkesanannya.

2. Produknya bukan emas dan perak

--> memang confirm bukan emas atau perak

3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas.

--> jelas dan nyata lagi dalam payslip kita kan, semuanya dihuraikan satu persatu

4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jual nya.

-->bila kita taja, kita promote kat kawan kita untuk join bisnes, bila die join business, company dpt sales, so kita as pengantara/promoter untuk company dpt laa komisyen/ keuntungan sikit


5. Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya. Ini kerana dibimbangi ia mirip paksaan belian. Namun jika syarikat meletakkan syarat JUALAN MINIMA untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya

-->no such thing as belian peribadi, jualan peribadi yes mmg ade...so macam ustaz cakap...Boleh jika kena ada jualan peribadi minima


6. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?.

-->yang ni mmg ada, upline/leader mmg ada turun tolong, promote suruh pergi kelas, buat personal touch, downline nak ke tak pertolongan, datang ke tak kelas, itu atas hak downline itu sendiri...Upline/leader ade nak tolong dan dah tolong tapi terpulang kepada downline if tak nak minta pertolongan upline/leader - jadi bukan salah upline/leader..


7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya. Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang
bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.

--> sah sah bukan sistem piramid, piramid bole buka a certain amount of legs jer, tetapi in hai-o mmg terpulang pada kita, takde max legs...nak bukak 100 ke 1000 leg ke...and memang boleh downline potong upline, bnyk kes dah...ada jer ramai downline yang potong upline sebab upline tak gerak or tak menjual...jadi apa yang kita usaha dan buat itu la yang kita dapat :-)


8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami  dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.

-->same as no 3 - kat payslip jelas dan detail...nak monitor boleh log on kat website, semua ade....takde tipu2.. nak company bagi in details every month...nak lagi details, call HQ, die akan print out untuk kita, charge 50 sen untuk printing, die akan bagi kat madam, kita amek kat stockist..


dan Ustaz Z ade tulis:

Akhirnya, saya tahu bahawa hukum MLM ini masih terbuka untuk perbincangan,malah Syeikh Dr Abd Sattar Abu Ghuddah ketika perbincangan dengan beliau mengakui ini isu yang agak baru baginya. Benar, amat sukar ditemui tulisan para ulama Islam dari Timur Tengah berkenaan hal MLM ini, disebabkan MLM belum masuk ke pasaran negara Arab dengan meluas. Justeru, menjadi tanggungjawab para ilmuan Shariah Asia Tenggara untuk membantu masyarakat untuk mengetahui pandangan Shariah tentang MLM ini. Tulisan ringkas saya hanyalah pandangan awal bagi memberi peringatan bahawa dengan sekadar pandangan, kelihatan begitu banyak keraguan boleh muncul dalam perniagaan MLM ini. Tidak perlulah pembaca merasa marah dan benci dengan tulisan ini. Ini sekadar nasihat bagi mereka yang mengambil berat tentang pendapatan serta memikirkan barzakh dan akhirat mereka yang kekal abadi. Wallahu‘alam.

so actually die tak kata haram pun...masih bawah perbincangan...and kita mmg lepas syarat minima yg kat atas tu...baca biar betul2.. bukan baca separuh jalan pastu kata haram....even ulamak kat arab pun takde kata haram lagi....mana haramnya? die just bincangkan sahaja...bukan letak haram halal

lagi - ustaz ada tulis, takde peniagaan kat malaysia ni yg cukup syarak...takde boleh nak cari yg 100% perfect...so? mcm mana?

lagi - klu kita kerja, ponteng kerja - bukan sebab sakit atau kecemasan, just sbb tak larat p kerja sbb malam sebelum tido lambat atau penat balik dr kampung, gaji yg dpt untuk hari yg kita ponteng tu, halal ke haram?

jgn nak ckp org lain buat benda yg haram bila diri sendiri tak perfect lagi...



Note: ibu akan cuba cari lagi info berkaitan ni, tapi macam yg diterangkan dia atas, Haio telah melaksanakan semua ASAS MINIMA SYARIAH tu, sebab tu dapat pengiktirafan syarikat patuh syariah. Cuba kita cek, adalah syarikat kita bekerja mendapat pengiktirafan syarikat yang patuh syariah (Syariah Compliance)? Senarai nama syarikat yang ada syariah compliance dalam next entri ok




Wallahu'alam

No comments: