Beautiful Followers :-)

Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts

Tuesday, April 3, 2012

Breastfeeding vs Premium Beautiful?

Assalam my Beautiful readers!!!! Ya Allah lamanya tak update blog...once in a blue moon la omputeh cakap...hehehe

ok topik yang ibu nk share hari ni pasal Premium Beautiful ni ha macam tajuk kat atas la.....eheheheh..ibu tau ramai mommies kat luar sana teringin nak sarungkan the Magical Corset PREMIUM BEAUTIFUL kat badan masing masing kan....TAPI ibu tau ramai yang akan tertanya2 "eh tak susah ke nak mngepam nanti, tak susah ke nak breastfeed baby nanti, miss B tak bengkak ke nanti & macam2 persoalan lagi...ok meh sini ibu terangkan okey!!!

Dengan pemakaian Premium Beautiful, minimum 8jam sehari secara konsisten, insyAllah memang akan membentuk semula badan kita. Tapi ramai yang taktau dengan pemakaian Premium Beautiful jugak sebenarnya dapat TAMBAHKAN SUSU!!!! Haaa camna tu? ok bila kita pakai Premium Beautiful, ia dah membantu melancarkan perjalanan darah kita & dalam masa yang sama dapat melancarkan perjalanan susu... Takda lagi masalah susu tersumbat dan juga bengkak-bengkak susu...Kira dah jadi BOOSTER jugak la untuk menambahkan susu....Nak mngepam pon tak susah... Ibu cakap berdasarkan pengalaman ye, mngepam dan jugak menyusu dengan Premium Beautiful.....See dah setel 1 masalah kannnn :-)



Satu lagi, mostly breasfeeding mommies ni memang selalu alami masalah sakit pinggang & sakit belakang kan? betul tak? sebab ibu sndiri pon alaminya dulu hehehe...mana tak nya kita tido malam & bangun2 untuk menyusu baby ye dak? kejap2 pusing kiri kejap2 pusing kanan lama2 pinggang pon dah pening eh sakittt!!! So pakai Premium Beautiful, hilang sakit pinggang tau!!!nak lagi best, nak tido malam pon pakai la at least waist nipper...



Lepas tu, bentuk cup Long Bra yang berbentuk piramid ni membantu menjaga miss N kita supaya terletak pada tempat yang betul..tak la terpenyek ke tertekan ke macam kita pakai bra biasa....Nak menyusu pon senang je sebab kain lace dia anjal n dapat hold miss B dengan sempurna..


So mommies out there, dah tak perlu ragu2 nak pakai Premium Beuatiful, semua dapat tau!!! nak langsing dapat, nak susu banyak pon dapat, hilang sakit pinggang lagi....Ishh memang berbaloi sangat2 la nak invest untuk PremiumBeautiful ni.....apalagi, contact ibu k untuk dapatkan Premium Beautiful ANDA!!!!!!!

Lisa
016 - 4178437
mal_star7@yahoo.com

Monday, November 8, 2010

Pn Marlisa, tolong update blog anda!!!

Salam semua.....

Dah kena sound dgn diri sndiri..wakakka

it takes almost 3month nak update blog..aduyaiii nape la ek?macam2 citer nk kongsi tp mood nk mengarang tu tkde sgt...so ibu summarizekan ajer la latest update psal ibu dan family yer

1. dah selamat melahirkan baby kdua pada 14 ogos 2010 named Putra Misyaree Syauqee berat 3.4kg secara c-sect, skang dh almost 7kg rasanya..hahaha

a few hours after born...

a very first kiss from kakak to adik...


2. still exclusive breastfeed my 2nd child and 1/2 tandem nursing my 1st child...

ebm stock as at 28 October 2010 - almost full dah deep freezer ibu ni

pumping session

nursing Mysara @ 1year 6months old
and nursing Misyaree @ 2months old


3. ibu masih di utara and abah di KL...masih mengamalkan perkahwinan jarak jauh..hehehe..rindu2an selalu....ekekeke..bila jumpa camni la kitorang..wahahahaha




ok la tu kan dari tk update langsung...nnti ibu nk buat entri tentang bf in public..berani tak???hehehe

Loves,
Ibu Mysara & Misyaree

Monday, November 16, 2009

Aktiviti ibu di hujung minggu..hehehe

sabtu 14 Nov 2009:
ibu berkampung kat Faber Tower sebab ada game pingpong anjuran sport club opis...ibu join la jadik bidan terjun wakil team kitorang...semua game lawan beregu, ada 5 team ikut opis masing2...dah la ibu lama giler tak pegang bat pingpong tu..cam kelakar jer...dah tu tgk playe2 pompuan tema lain hebat2 gaks..masa ni dah kalu malut la....
game start kul 9pg, so ibu datang dgn adik ipar (maksu pms) sebab angkut baby pms skali..ye la en suami ibu keje, so kena la ajak orang lain temankan sebab nk jaga  pms...kena plak mood pms amatlah baek sekali...pantang orang sua tangan mahu je dia...(bahaya ni sayang, orang tak kenal jangan ikut tau nanti)...
mula2 game tu memang la berdebar giler..final decision, team ibu dapt no 3 keseluruhan,..ok la dari no last kan...ibu plak menang sekali jer dari 3 game tpi yang menang tu bermakna sebab game ibu tu penentu mata utk team kitorang..hehehe..
memandangkan ibu kan bawak pms, so tiap 2 jam sekali ibu kena la susukan dia..ibu tak bwak ebm sebab kang dah bagi pms minum ikut botol, bile plak ibu nk ngepam since takde plug outlet kt hall ni..so ibu direct feeding jer dia....so enjoy la piccas yang tk berapa nk jadik ni....hehehe


1,2, 3, 4, 4 lagi...sesi warming up before game start..........

team player - knights worrior..wakakaka

 antara scene2 ketika perlawanan..hehehe..(haippp...jangan gelak tau tgk gelagat ibu main)

ibu with pms and auntie yana (partner game)...


pms in orange color...

 tanggungjawab ibu untuk pms tetap dilaksanakan tak kire dimana & tengok la pms terus tido pastu


*****piccas tak banyak sebab bateri kamera kong deh..pesanan buat semua, charge lah bateri kamera anda sebelum menyesal di kemudian hari..hehehhe*********

Wednesday, September 16, 2009

Aktiviti ibu kat opis...^_^

aktiviti ibu dah mmg la dari start masuk keje lepas pantang dah berjalan tapi baru berkesempatan nk amik pics sbb bawak camera arini..nmpaknya sejak ber blog ni ibu kena la usung camera buruk ibu ni kemana2 je kan?....cam biasa aktiviti ibu bermula jam 10pg, then kul 2ptg n then kul5 before balik....tp since bulan puasa ni smpat 2x je per day..ok la dari tk buat langsung kan?ngeeee
Alhamdulillah production ibu still maintain cam hari biasa tapi amatlah dahaga yang amat (apa ayat ibu ni?)...sbb tu dpt 2x jer kt opis...ibu tetap bersyukur susu ibu masih banyak..pada kawan2 ibu yg down tu, jangan putus asa k...teruskan pumping n insyaAllah rezki untuk anak2 kite tu tetap ada...
ini la wajah kesayangan hamba yang comel dan happy ketika masuk tmpat aktiviti..hehehe
beg tangan wajib ibu ke opis....
di pertengahan aktiviti....kadang2 ibu leh tertido sampai tersengguk2..ngeh ngeh ngeh
jeng jeng jeng....hasil selepas dlm 15 minit gitu....Alhamdulillah...
ada ofismate yg tau ok la, yang taktau plak tgk ibu dok usung beg ke hulu ke hilir tu msti tnya "kluar g site ke?"hehehe..ibu snyum je la...tp amatlah besyukur sbb bos ibu paham n tak kesah kalo ibu hilang pegi pam & tido kejap kat surau tu..hehehe....janji keje maintain siapp....

Monday, September 14, 2009

Apa itu Kolostrum..

Teks ni ibu baca kat ratuhati.com dan dengan berbesar hatinya nk berkongsi dgn smua yg tgk blog ibu yer...

Engkau dah beranak nanti, mesti buang susu awal yang basi tu tau, nanti anak kau pula yang sakit”, pesan Halimah kepada anaknya yang bakal melahirkan anak sulung kelak.

“Eh, hari pertama tu kau dah ada susu ke? Aku sampai hari ketiga baru susu keluar. Terpaksalah aku bagi anak aku susu tepung sementara menunggu tu…” keluh Aina pula kepada rakan karibnya Maryam.

“Kenapa ye, hari kedua bayi aku lahir, aku perah susu tu warna kuning? Bukan susu patut warna putih ke? Elok ke bagi kat bayi aku tu?” Soal Lina bertalu– talu kepada Husna. Risau benar dia.

Sesungguhnya, apa yang dibualkan di atas adalah persoalan– persoalan yang sering diajukan oleh ibu– ibu muda. Malah, terdapat pelbagai lagi mitos yang diutarakan mengenai cecair kuning yang pekat dan melekit ini.

Cecair yang dimaksudkan adalah kolostrum atau susu yang dihasilkan oleh seorang ibu pada lingkungan tiga hari pertama selepas kelahiran bayinya. Kolostrum merupakan cecair yang istimewa dan mempunyai pelbagai khasiat penting, khas untuk bayi yang masih lemah dan baru mengenal dunia ini. Ciptaan hebat dari Yang Maha Kuasa ini mempunyai beberapa kandungan tertentu yang amat berharga dan kandungan tersebut tidak terdapat pada susu matang, apatah lagi pada susu formula.

Apakah sifat – sifat cecair yang amat istimewa ini? Kolostrum ini sebenarnya amat kaya dengan antibodi. Terdapat juga banyak sel hidup di dalamnya sehingga digelar “darah putih” oleh sesetengah pakar kanak – kanak. Ia juga bersifat laksatif dan dapat memudahkan pembuangan air besar bayi. Ia juga mengandungi pelbagai Faktor Pertumbuhan (Growth Factor) dan ia amat kaya dengan vitamin A.

Apakah pula kepentingan kolostrum ini? Benarkah pandangan warga dahulu kala yang mengatakan kolostrum ini sebagai susu basi? Tidak sama sekali, malah pelbagai kajian telah dilakukan dan kesemua kajian ini bersetuju bahawa kolostrum dapat memberikan perlindungan maksimum kepada bayi dari sebarang jangkitan. Oleh kerana ia juga bersifat laksatif, ia dapat mempercepatkan proses pembuangan mekonium, yang merupakan di antara faktor utama terjadinya jaundis (demam kuning). Kolostrum yang mengandungi banyak Faktor Pertumbuhan ini juga dapat mematangkan usus dan seterusnya dapat mengurangkan risiko alergi. Ia turut dapat mengurangkan kesan penyakit dan kandungan vitamin A yang tinggi mampu mencegah penyakit mata pada bayi. Ini amat bersesuaian sekali dengan firman Allah yang bermaksud:

"Pada kejadian kamu sendiri, serta (pada kejadian) segala binatang melata yang bertebaran, terdapat juga tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah), bagi kaum yang meyakininya.” (Al-Jathiyah: 4). Begitu juga dengan firman Allah swt dalam surah az-Zariyat ayat 20 dan 21 yang bermaksud, “Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin. Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?”.

Di antara kandungan terpenting kolostrum adalah sejenis protein yang dinamakan Sekretori Immunoglobulin A (SIgA). Immunoglobulin adalah sejenis protein yang berfungsi sebagai antibodi di dalam badan manusia. Ia digunakan di dalam sistem pertahanan tubuh badan (sistem imuniti) untuk mengenalpasti dan meneutralkan objek asing seperti bakteria dan virus. SIgA adalah sejenis antibodi yang terdapat di dalam kolostrum dengan jumlah yang sangat tinggi. Kira – kira 80-90% daripada immunoglobulin di dalam kolostrum dan susu adalah terdiri daripada jenis SIgA. Kepekatannya boleh meningkat setinggi 12g/L di dalam kolostrum dan serendah 1g/L di dalam susu matang. Sebaliknya, disebabkan proses – proses yang perlu dilakukan ke atas, susu formula tiada langsung mengandungi SIgA.

Seorang bayi yang menyusu susu ibu secara eksklusif akan mendapat kira – kira 125mg/kg/hari SIgA pada umur sebulan, dan lebih kurang 75mg/kg/hari ketika berumur 4 bulan. Walaupun kepekatan SIgA di dalam kolostrum menurun dengan drastiknya dalam masa beberapa hari selepas kelahiran, tetapi dalam pada masa yang sama jumlah susu ibu turut meningkat dengan tingginya. Oleh itu jumlah total SIgA adalah hampir kekal sepertimana di awal kelahiran.

Manakala paras SIgA di dalam susu ibu yang melahirkan bayi pramatang adalah lebih tinggi berbanding dengan susu ibu yang melahirkan bayi matang. Bayi pramatang mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap penyakit – penyakit yang berbahaya seperti Necrotizing Enterocolitis (NEC), sepsis, meningitis dan jangkitan virus. Kandungan antimikrob seperti immunoglobulin yang tinggi di dalam susu pramatang akan membantu untuk melindungi bayi pramatang daripada penyakit – penyakit tersebut.

Para saintis sudah membuktikan bahawa antibodi jenis SIgA dapat melawan pelbagai jenis bakteria, terutamanya bakteria yang berasal dari sistem usus bayi. SIgA adalah sejenis antibodi yang stabil dan berdaya tahan terhadap enzim proteolitik (enzim pemecah protein) di dalam perut, berbanding dengan antibodi jenis lain. Ketika bayi sedang menyusu, antibodi yang terdapat di dalam susu ibu ini akan bergerak masuk ke dalam saluran perut dan usus. Di dalam perjalanan itu, ia akan bergabung dengan mikrob – mikrob yang terdapat pada membran mukosa (sejenis lapisan yang melapisi sistem usus). Dengan itu, ia dapat menghalang mikrob daripada melekat pada sel – sel usus. Proses pelekatan mikrob pada sel usus merupakan langkah pertama untuk berlakunya sebarang jangkitan kepada bayi. Dengan itu, SIgA berfungsi sebagai salah satu sistem pertahanan bayi yang utama untuk melawan jangkitan usus. Maha Suci Allah, ciptaanNya amat hebat dan tidak mampu disaingi oleh mana – mana ciptaan manusia. Sesungguhnya Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Firman Allah yang bermaksud:

"Yang telah menciptakan (sekalian makhluk-Nya) serta menyempurnakan kejadiannya." (Al-A'la : 2)


Kajian – kajian klinikal telah menunjukkan bahawa SIgA yang terdapat di dalam susu ibu mampu untuk melawan kuman seperti Vibrio cholerae (kuman untuk penyakit taun), enterotoksigenik E. coli, Campylobacter, Shigella dan Giardia lamblia. Kuman – kuman tersebut biasanya yang menyebabkan keracunan makanan pada manusia. SIgA mampu melindungi bayi daripada serangan cirit – birit yang disebabkan oleh kuman – kuman tersebut. Begitulah istimewanya SIgA yang hanya terdapat di dalam susu ibu.

Tidak dinafikan juga, susu ibu terutamanya kolostrum merupakan immunisasi pertama & terpenting bagi setiap bayi. Ketika bayi masih di dalam rahim ibu, dunia bayi adalah dunia yang selamat, bersih dan tidak tercemar oleh sebarang kuman mahupun jangkitan. Ini kerana rahim ibu memberikan perlindungan sepenuhnya kepada bayi yang masih lemah. Rahim ibu bolehlah dianggap sebagai kawasan vakum yang tidak boleh dilolos oleh sebarang kekotoran. Namun, sebaik sahaja bayi dilahirkan, dunia kecilnya yang selamat itu telah bertukar menjadi sebuah dunia yang amat luas dan penuh dengan pancaroba kuman dan jangkitan.

Allah swt itu Maha Kaya dan Maha Pencipta. Dicipta-Nya kolostrum (susu awal ibu) dengan hikmahnya yang tersendiri. Kolostrum merupakan sumber pertahanan yang terpenting bagi bayi yang baru lahir. Ia mengandungi antibodi dan sel – sel hidup yang mampu menyelamatkan bayi sebelum diberikan imunisasi formal (BCG, DPT, vaksin polio dan lain – lain). Inilah merupakan satu contoh sumber bukan nutrisi yang hanya terdapat di dalam susu ibu. Benarlah firman Allah swt yang bermaksud, “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)”. (surah at-tin: 4)


Fisiologi jumlah isipadu kolostrum

Jumlah total kolostrum pada 24 jam pertama selepas lahir adalah sedikit (dipetik dari Riordan, 2005), tetapi sebenarnya jumlah ini sudah mencukupi untuk bayi itu. Secara puratanya hanya 37 ml kolostrum dihasilkan dalam satu hari (24 jam), dengan julat dari 7 hingga 123 ml, bergantung kepada penghasilan pada seseorang ibu tersebut. Jumlah ini semakin bertambah secara beransur – ansur dalam 36 jam pertama dan ia akan bertambah secara mendadak dalam 49 – 96 jam berikutnya. Pada hari kelima – jumlah isipadu total akan mencapai 500 ml / sehari. Jumlah ini seterusnya semakin meningkat ke 750 ml / sehari dalam selang masa 3 hingga 5 bulan penyusuan secara eksklusif. Apabila bayi mencapai umur 6 bulan, purata pengambilan susu adalah 800 ml / sehari.

Berdasarkan jumlah kolostrum pada 3 hari pertama kelahiran, ramai ibu merasa risau dan berpendapat bahawa susunya tidak mencukupi untuk bayi itu. Tidak ramai yang mengetahui bahawa jumlah yang sedikit (37 ml) itulah sebenarnya yang hanya diperlukan oleh bayi. Itulah sejumlah yang kecil untuk keperluan dan saiz perut yang kecil. Sesungguhnya persoalan susu tidak cukup pada hari – hari pertama kelahiran adalah tidak wajar diutarakan. Jika ibu itu mengharapkan susunya mengalir mencurah – curah sehingga 500ml pada hari pertama, memanglah mustahil. Ini kerana bayi yang masih kecil itu tidak memerlukan jumlah susu yang banyak pada mulanya. Indah sungguh ciptaan Mu ya Allah. Kau jadikan sesuatu itu cukup berdasarkan keperluannya. Tidak lebih dan tidak kurang. Mengapa masih ramai yang ragu dengan ciptaan-Mu yang satu ini? Sedangkan Kau juga telah berfirman yang maksudnya: Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). (surah Luqman: 14).

Maka yakinlah, jika seseorang ibu itu mampu mengandung dan melahirkan anaknya, maka mengapa pula dia tidak mampu menyusukan anak itu dengan susunya sendiri?

Antara tips – tips yang penting untuk memastikan bayi mendapat kolostrum dengan secukupnya pada hari – hari awal kelahiran adalah dengan meletakkan bayi kepada ibu dengan sentuhan kulit ke kulit sebaik sahaja bayi dilahirkan. Seterusnya, usahakan agar bayi dapat menyusu dengan baik dan melekap dengan betul di payudara. Ini penting agar proses stimulasi dapat berlaku dengan lancar di samping dapat mengeluarkan kolostrum dari payudara dengan efektif. Jika ibu tidak mahir, maka segera dapatkan bantuan dari doktor, bidan ataupun jururawat yang bertugas. Antara tips – tips lain yang tidak kurang pentingnya adalah, sentiasa susukan bayi pada bila – bila masa sahaja yang dia mahu. Biarkan bayi bersama ibu sepanjang masa (‘rooming in’) dan elakkan dari bayi dibiarkan di bilik bayi atau ‘nursery’ ketika berada di hospital. ‘Rooming in’ amat penting agar ibu sentiasa memantau keadaan bayi dan segera menyusukannya bila bayi menunjukkan tanda – tanda ingin menyusu. Ia juga penting untuk mengelakkan kes jangkitan silang (‘cross infection’) yang mungkin berlaku kepada jika bayi ditinggalkan di bilik bayi. Susukan bayi dengan susu ibu sahaja dan elakkan pemberian air lain seperti air kosong, air teh, air glukos mahupun susu formula. Dengan itu, bayi akan mendapat kebaikan susu ibu sepenuhnya tanpa dicemari oleh alternatif lain.

Sewajarnya setiap ibu haruslah memberikan bayi mereka kolostrum yang sangat berkhasiat itu demi kesihatan dan pertumbuhan bayi yang tercinta. Sesungguhnya kasih ibu sentiasa padu dan salah satu caranya untuk membuktikan kasih itu adalah dengan memberikan nutrisi yang terbaik untuk anak – anak. Dan sesungguhnya, tiada nutrisi lain yang sebaik dan seistimewa susu ibu. Hapuskanlah kerisauan mengenai mitos – mitos yang menyelubungi kolostrum ini kerana sesungguhnya setiap ciptaan yang Allah jadikan itu adalah yang sebaiknya untuk umat manusia.

Rujukan:

1. Lars A. Hanson. Immunobiology of Human Milk: How Breastfeeding Protects Babies. Texas: Pharmasoft Publishing, 2004.

2. Riordan J. Breastfeeding and human lactation. Massachusetts: Jones & Bartlett Publishers, 2005.

3. Lawrence RA, Lawrence RM. Breastfeeding: A Guide for the Medical Profession. 6th edition. St Louis, MO: Mosby, 2005

Tuesday, September 8, 2009

Happy mood...

ibu tgh seronok gumbira hati tak terkata nih...baru lepas mengerah kudrat mengepam utk si tecik tu...tak ku sangka hasil torehan amatlah membanggakan pagi ni...dapat almost 12oz...huhuu....smpai kena tukar botol time ngepam sbb penuh..nasib baik kali ni susu tak backflow lagi macam dulu.....tu yg buat ibu happy sesangat2...ye la dlm bulan2 pose ni kalo dpt >10oz tu dah kire rahmat la sesangat....dh 18hari kite berpuasa ni la pencapaian terhebat..kalo tak sebelum ni dlm 8-9oz je paling banyak per session...Alhamdulillah masih banyak rezeki untuk anak ibu...

sebut pasal si tecik ni, malam tadi dia dah tunjuk skill terbaru...amik kaki nk masuk mulut...huhuhu....smpai tknak tido sbb nk gak cuba masuk kaki tu..(orang tua2 kata kalo baby dah pndai masuk kaki dlm mulut dia nak mintak adik..adakah???)...huhuhuu....pastu dah pndai pusing balik biler menerap..agak cepat perkembangan anak ibu..seronok ibu tengok, hilang penat sehari bekerja tgk telatah dia..pastu ntah apa yg disembangnya pon tktau la..tgk tv siap bercakap2 dgn tv...barney dia plak dah berlenjan dgn air liur dia..hehehe...pastu kalo dapat cow2 dia siap main tarik2 telinga cow2 dia (next entry ibu tunjuk barney n cow2 dia naa..)...