Beautiful Followers :-)

Wednesday, October 5, 2011

Apa itu Premium Beautiful?

ok, rasanya tak semua tau kan apa tu Premium Beautiful dan jugak macam mana ia berfungsi...

Tapi sebelum tu ibu rasa ramai yang pernah cuba corset2 jenis lain kan?termasuk la ibu pernah cuba yg lain tp then pakai 2-3x je sebab tak tahan dgn kain or sakit besi2 tu mnyucuk kan...Tapi tapi tapi, Premium Beautiful ni lain sangat.....nak tau sebab pe lain, ok terus baca tau...

Premium Beautiful dah ada kat pasaran dah almost 20years tau..bukan calang2 produk yang boleh last lasting for a long period kan....maksudnya produk ni mmg bagus....tambah tambah memang dah well known dapat title SUPERBRANDS dan jugak life time warranty.. Premium Beautiful ni terdiri daripada:


1. LONG BRA



1) Cawan coli dengan 3 keping jahitan stereoskopik dapat menolak atas, menyokong dan menetapkan kedudukan breast.


2) Rawan keluli memori berfungsi untuk menetap dan menyokong breast.


3) Rekaan kuasa tekanan dan regangan berganda pada bahagian depan coli dapat menyelaras perut yang buncit lalu meninggikan  kedudukan kontur breast.

4) 2 batang keluli berupaya untuk menyelaras dan membentuk kontur badan.

5) Rekaan kuasa tekanan dan regangan berganda pada bahagian belakang coli dapat menutupi bahagian belakang badan, dapat menyelaraskan lebihan lemak pada bahagian belakang, turut mengatasi masalah berbadan besar.

6) Rekaan bentuk ' U ' pada bahagian belakang coli bukan sahaja dapat menguruskan badan, malah menambah kontur bahagian belakang.

7) Perhiasan berlian berbentuk rerama menonjolkan keunggulan produk.


8) Rekaan 3 pasang cangkuk membolehkan anda membuat penyelarasan yang sesuai.

2. LONG GIRDLE
1) 32 kepingan jahitan stereoskopik, berdasarkan teori mampatan berserpihan, mengagihkan lebihan lemak ke arah bahagian badan yang bersesuaian.


2) Rekaan dan jahitan unggul cawan pinggul dapat membetulkan pinggul yang lentur, membentuk kontur pinggul yang mempesona dan meninggikan pinggul.


3) Mengasingkan kontur peha dan pinggul, mengagihkan lebihan lemak pada peha ke dalam cawan pinggul dan membentuk kontur pinggul yang sempurna.

4) Dilengkapi dengan kain jenis kapas yang selesa pada bahagian dalam pinggang seluar dapat memperbaiki dan membentuk kontur pinggang yang mempesona.

5) Perhiasan berlian berbentuk rerama menonjolkan keunggulan produk.

6) Mampatan yang tetap ke atas abdomen dapat mengurangkan lebihan lemak lalu memperbaiki masalah perut yang buncit.

7) Rekaan mampatan 2 lapisan berfungsi menyelaraskan lemak pada sekitar peha, membentuk kontur peha yang menarik.

8) Penggunaan 2 lapisan kain kapas berlubang kecil berfungsi untuk memberi keselesaan.

9) Penggunaan renda yang fleksible, mengelakkan perasaan tidak menyenangkan akibat pergeseran dengan benang seluar.


3. WAIST NIPPER
1) Tujuh batang keluli memori dapat menyokong pinggang dan menegakkan tulang vertebra, turut berupaya memperbaiki postur berdiri dan duduk.


2) Rekaan unik berdasarkan potongan rangka badan manusia, memperkuat pengagihan lemak pada bahagian pinggang ke bahagian dada dan punggung secara serata, turut mencapai kesan pembentukan badan yang seimbang.


3) Tali kenyal yang diimport dari Jepun, membantu menyelaraskan kontur pinggang.

4) Rekaan secara fleksibel, menghasilkan kesan pembentukan berdasarkan kesesuaian badan individu.

5) Rekaan 3 pasang cangkuk membolehkan anda membuat penyelarasan yang sesuai.

6) Perhiasan berlian berbentuk rerama menonjolkan keunggulan produk.

 Yang penting Premium Beautiful ni 70% benefits dia untuk kesihatan dan 30% lagi untuk kecantikan

Do contact me for details k
mal_star7@yahoo.com
016-4178437


Perkenalan dengan Premium Beautiful

Salam semua...
wahh la sesangat kan ibu menyepi?hehehe...mode malas yang amat...tapi nk tau apa yang buat ibu kembali rasa nak ber blog?yessss the answer is my new obsession - Premium Beautiful-

Macam mana ye ibu leh start this bisnes kan?mesti nak tau kan (kalau tknak tau pon ibu nak citer gak), hehehe...

OK, lepas bersalin si Misyaree (czer) berat ibu sangat susah nak turun, sangat2 susah okeyyyy... pendam perasaan je masa tu, huhuhu. dok usha Premium Beautiful ni lama dah, tp nak ditakdirkan mungkin dah rezeki ibu, lepas je tgk testi kawan rapat yang dh pakai, ibu pon nekad nak beli jugak...hehehe....

so terus ibu contact Salleha dan akhirnya 1set of Beautiful dah dapat....Bila pakai tu memang sangat best sbb rasa badan sngat fit, dan paling penting ibu turun 5kg tu in 3weeks...hehehe


Do contact me for details k
mal_star7@yahoo.com
016-4178437

Friday, March 18, 2011

Bila Ibu belajar menembak....

Salam semua...

Selang berapa minggu la agaknya baru ibu nak update blog yer....hehehe....

Bila kerja dah kurang sikit baru la rasa semangat nak update..kalau tak sampaikan kat Facebook pon tak terbuka(tu kire betul2 sibuk la tu)..hehehe...

Last weekend en suami ajak ronda2 ke Alamanda..punya la jauh dari Damansara nak ke sana...huhu...tapi yang seronok sebab tak semena-mena en suami belikan sesuatu yang dah lama ibu idamkan......tapi rasa macam takkan tercapai pon la sebelum ni....terima kasih penuh kasih sayang buat en suami terchinta.....katanya hadiah ulangtahun perkahwinan kami yang ke4 24 Feb aritu....I heart you la sayang..hehehe

Dalam dok sibuk2 tu sempat la ibu survey2 segala macam forum la, blog la, website la sebab nak fahamkan istilah2 dia...adoiii boleh pening kepala macam ni nak faham satu2 tu....huhuhu...tapi yang penting kena praktikkan ajer....

Apapun layan je la dulu antara hasil ibu belajar menembak ni....

p/s: ibu budak baru belajar so jangan condemn lebih2 na...hehehe

 budak yang jadi eksperimen ibu...hehhee


 banyak2 mainan, ini jugak faveret dia...huhu



 berlenggeng jer dgn cd...hehehhe
 Mysara yang sangat behave (kalau dalam troli or stroller je la)

 Abah dengan meitai yang beli tapi tak bayar lagi dari kak Aishah....
hehehe



serba sedikit (sedikit ke??) gambar yang baru di tembak2 oleh ibu...harus lebih banyak belajar dgn otai2 ni....
sesape yang ada link cara2 nak menembak ni dengan cara yang betul tolong bgtau ibu yeah......

Thursday, February 24, 2011

24 February - entri jiwang

:: special entri buat en suami tercinta::


24 February....tarikh yang paling bermakna dalam hidup ibu...sebab apa?sebab hari ni la hari bersejarah buat ibu dan en suami tercinta....24 February ini la hari termetrai nya janji kasih kami....terciptanya satu ikatan yang sah untuk saling lengkap melengkapi...

Abang, 
Tahun 2011 ni, masuk tahun ke empat kita bergelar suami isteri...baru empat tahun yang penuh kisah suka duka....apa yang ayang boleh harapkan, ikatan pernikahan ini akan kekal hingga ke akhirnya, insyaAllah....bohonglah kalau ayang cakap sepanjang 4 tahun ni tak pernah berselisih faham, bergaduh, bertekak, tapi akhirnya akan berbaik semula demi rasa sayang, cinta dan hormat itu...insyaAllah ayang akan pertahankan rumahtangga yang dibina ini....harap abang juga begitu...

buat abang, terima kasih kerana bersama ayang susah dan senang, membantu ayang di kala susah, menyintai ayang sepenuh jiwa dan menyayangi anak anak kita...tiada apa yang ayang pinta (tapi kalau nak bagi pon ok) kecuali kasih, sayang dan cinta yang berpanjangan dari abang....bimbinglah ayang dan anak-anak ke jalan Allah supaya hidup kita lebih diberkati....tegurlah ayang sekiranya perlu kerana ayang bukan isteri yang sempurna dan apa pun yang terjadi, ingatlah hati ayang hanya untuk abang....cinta ini hanya untuk abang kerana Allah s.w.t...

walaupun ulangtahun kita kali ini kita tidak dapat bersama, ayang nak abang tau yang ingatan dan hati ayang hanya pada abang..walaupun kita berjauhan, rasa cinta dan rindu in tidak pernah berkurang, sikit pun tak pernah...

buat suami tercinta Syamsul Razman, ketahuilah bahawa isteri mu ini selalu menyintai mu....

Salam Ulangtahun Perkahwinan yang ke 4!!!!
abaikan muka ibu yang tengah mengembang ni...
masa ni tengah mengandungkan si Misyaree
:-)

Tuesday, February 22, 2011

Apa ada dengan 14 Februray 2011???

As-Salam semua!!!!

14 February 2011 - kami sekeluarga menyambut dengan penuh gembira....apa yang kami sambut?bukan la hari Valentine yang orang lain tu sambut....tapi kami sekeluarga gembira sempena 
Putra Misyaree Syauqee dah 6 bulan....yeay!!!!!!!!!!

Alhamdulillah 6 bulan jugak ibu dah menyusu badan secara eksklusif untuk Putra Misyaree disamping masih menyusukan jugak si kakak Putri Mysara...semoga Allah permudahkan niat ibu untuk terus menyusukan anak2 ibu sehingga mereka berusia 2 tahun, insyaAllah...apa yang penting ibu kena rajin pam susu untuk buat stok dan semoga nikmat yang Allah beri pada ibu ni tidak ditarik balik..


stok ebm Misyaree until pagi tadi..masih sendat dalam df yg kt rumah ni, tak termasuk yg kt rumah KL dan rumah kawan...


yang ni ebm yang dalam fridge...tak kira dah berapa total tapi insyaAllah cukup untuk Misyaree sampai umur dia setahun....


untuk anak ibu, Putra Misyaree, semoga dikau terus membesar dengan sihat, kuat, bijak dengan susu ibu, insyaAllah...

sekali imbas perkembangan Putra Misyaree pada usia 6 bulan 8 hari (hari ni) 
- berat masih sama 7.8kg
- meniarap usia 3 bulan 1minggu
- menyulur usia 5 bulan 
- merangkak usia 5 bulan 3 minggu
- berdiri dan dah nampak bayang2 gigi usia 6 bulan

budak 6 bulan yang makin ligat

tapi bila tido gini la rupanya....sampai ternganga nganga..hehehe


apa yang ibu perhatikan, perkembangan Putra Misyaree hampir sama dengan perkembangan kakaknya, cuma dia terlebih sudah sebab dah berdiri dan mula memanjat orang..hehehe..jadi memang tak boleh nak tinggal dia lama2 sebab bila tangok balik sah2 tengah berdiri kat sofa ke, kat rak tv ke, tengah berpaut pada langsir ke....ayooo sangat bahaya kalo dia terbalik ke belakang....

gambar si Putri Mysara yang leka "menyusu" baby dia...hehehe


itu je la dulu....daaaa

Monday, November 8, 2010

Pn Marlisa, tolong update blog anda!!!

Salam semua.....

Dah kena sound dgn diri sndiri..wakakka

it takes almost 3month nak update blog..aduyaiii nape la ek?macam2 citer nk kongsi tp mood nk mengarang tu tkde sgt...so ibu summarizekan ajer la latest update psal ibu dan family yer

1. dah selamat melahirkan baby kdua pada 14 ogos 2010 named Putra Misyaree Syauqee berat 3.4kg secara c-sect, skang dh almost 7kg rasanya..hahaha

a few hours after born...

a very first kiss from kakak to adik...


2. still exclusive breastfeed my 2nd child and 1/2 tandem nursing my 1st child...

ebm stock as at 28 October 2010 - almost full dah deep freezer ibu ni

pumping session

nursing Mysara @ 1year 6months old
and nursing Misyaree @ 2months old


3. ibu masih di utara and abah di KL...masih mengamalkan perkahwinan jarak jauh..hehehe..rindu2an selalu....ekekeke..bila jumpa camni la kitorang..wahahahaha




ok la tu kan dari tk update langsung...nnti ibu nk buat entri tentang bf in public..berani tak???hehehe

Loves,
Ibu Mysara & Misyaree

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan menjelma lagi

Salam semua....

pejam celik pejam celik arini kita semua dah berpuasa kan....ibu pon tak lama je lagi dh nak deliver....Ramadhan kali ni, ibu tak dapat berpuasa dengan en suami tecinta memandangkan kami PJJ couple kan...pada abang, ayang harap abang tabah la menghadapi bulan Ramadhan ni tnpa ayang disisi k...balik la tiap2 minggu tengok baby PUTRA nnti n dpt makan sedap.....tssskkkkk......... ibu je tk dpt makan best2 sbb dlm pantang nanti...........

apa2 pon ibu ucapkan selamat berpuasa utk smua bloggers yang baca entri ibu ni (ada lagi ke ek since dh lama tk update kan)....semoga puasa kali ni lebih barkahnya dan diterima segala amalan kita...doa2kan jugak ibu selamat melahirkan anak ibu yang kedua ini nanti.....


jumpa lagi semua!!!!!!!!!

Wednesday, August 4, 2010

i'm back!!!!

Salam semua.............

ish ish ish dah dekat 3 bulan rupanya ibu tk update blog yer....sampai ada orang tnya la dah lupa pasword ke nk log in?cett hampeh ye mama amirah...hahahaha

tp mmg ibu tak nafikan, tahap kemalasan paling maksimum sejak2 ngandung kali kedua ni......blog mmg bukak, blog hoping kengkawan, pastu nk tinggal komen pon malas, kire serba serbi malas la..tp facebook rajin plak ek..

kejap je masa berlalu, tgk2 lagi 3 minggu je lagi ibu nak deliver, insyaAllah....Alhamdulillah mengandung kali ni amat berbeza masa mengandungkan kakak PMS...kali ni ibu takde morning sickness, tk muntah2 cuma dok pening pale jer....even mlm2 pon tkde nk cramp kaki ke, sakit pinggang ke...mmg totally lain sgt...mungkin sebab gender lain ke baby ibu kali ni??tettttttttttttt......hehehe...

insyaAllah sejak ibu scan dari 19 weeks dah nampak gender baby...n smpai 3x scan pon nampak gender yang sama jugak.....ibu tak mengharap sangat tp bila doc bgtau it's a BOY...memang ibu happy giler..especially en suami la...ada la geng dia nak main bola nnti..........heheheh...so since that ibu called baby PUTRA since PMS pon ada PUTRI kan.....harap2 sama la yang kluar nnti...

kali ni, ibu tk banyak sangat shopping barang baby (errkk tak banyak ke ek)...tp baju2 mmg beli baru jugak la sikit2...nak pakai kakak PMS punya pon kang banyak pinky minky plak.....haru jadi nnti...yang barang2 lain pon tak banyak yg beli sbb recycle kakak PMS punya je...

cuma utk ibu kali ni, ibu reward dgn new breastpump yg dh lama ibu idam2kan...hehhee....apa lagi medela fs la....tu pon ibu join kutu dengan aja si.com.....tak sabar nk ngepam utk kali kedua ni, tk sabar nk himpun stok, nk tgk kakak PMS tandem nursing dgn baby PUTRA...harap2 ibu dpt handle la kan...n ibu harap stok kali ni lagi banyak dari stok masa kakak PMS dulu...en suami pon siap dah nak beli deep freezer lain letak kt umah mak ibu ni...hehehe...dia plak yg semangat....

ok la, takat ni dulu hari ni....rasa cam dah datang balik semangat nk nulis taip ni sebab en suami siap cakap blog dah masam sebab dah lama tak update...huhuhu....

see ya!!!

Monday, May 10, 2010

Happy 1st Birthday my dear Princess!!!!!!!!!

pejam celik pejam celik tak sangka anak ibu ni dah setahun pada 4hb Mei lepas...masih igt lg saat2 nak melahirkan dia setahun yg lalu.....mmg 1 kenangan indah yg tk dpt dilupakan (sakit tu lain citer la kan..hehehe)
sempena hari lahir dia, ibu, en suami n family buat majlis kecil2an kat rumah tok n tokwan dia la since ibu dah menetap kat SP ni....hehehe...ada laksa, bihun goreng s'pore (mama dania smpai tingat2 la ek), puding caramel, muffin, pulut kuning n rendang ayam etc...ramai jugak jiran2 yg datang smpai smpat buat doa selamat...hehehe...malas nk citer banyak2..layan gmbar je la kan....hehehe

the celebration begins

the birthday girl....purplish PMS

abah dan PMS... ibu dan PMS yang happy giler
birthday girl dahaga yer...

PMS tunjuk fish kat ibu...
 sengih tunjuk gigi la tusuka buat mulut cenggitu

memula je ok pakai pastu mula la nk mencabut je....

PMS & dania main sesama

the cake n cuppies...


cake cutting.....PMS lak kena buli calit dgn cream kek..hehehe

3 of us + 1 inside ibu....hehehe

ibu's family...
:-)

ok tu je la kot....ibu malas nk taip panjang2...boleh cenggitu?ekekeke


Khabar dari utara...hehehe

salam semua...ya Allah sedar tak sedar dah dekat 2 bulan lebih ibu tak update blog kan...emmm agak2 nape ek...adakah sebab pembawakan baby kali ni ke, ibu bz sgt ke or mmg ibu M.A.L.A.S??hehehe....sebenarnya gabungan smua tu la (tak nak gak ngaku malas kan)....ekekeke

pada yg blum tau ibu dah transfer ke Sg Petani sekarang, tinggal dgn family since ibu ditukarkan kerja ke Penang mula awal bulan April aritu.....sbb tu la agak sunyi sikit sbb baru nk adjuz dgn work life kt sini...Alhamdulillah everything is going well....cuma tu la ibu dan en.suami kembali ber PJJ la...takpe la demi tuntutan kerja dan rezki...buat masa ni ibu kat sini n en suami kt KL....every week en suami balik jumpa ibu dan PMS si kecik tu...pengorbanan kan namanya tu?

citer psal si kecik tu nnti ibu citer dlm next entri yer..ni kire mukadimah la utk khabar dari utara ni...hehehe....PMS pon dah setahun seminggu...banyak yg ibu nk story mory pasal dia..tungguuuu yer......